Jom follow blog nie..nnti i follow u gak...

Tuesday 25 January 2011

Mengidam...

*Sumber dr Pa&Ma..

Keadaan di mana seseorang wanita hamil mengidam dipercayai ada kaitannya dengan petunjuk bahawa tubuh kekurangan zat-zat makanan tertentu.

PETANDA
1. Jika makanan yang anda idamkan ialah ais atau bahan bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh.
2. Kekurangan mineral magnesium dalam tubuh biasanya akan menimbulkan keinginan wanita hamil untuk makan coklat.
3. Mengidam untuk makan daging merupakan petunjuk bahawa badan memerlukan protein.
4. Terdapat ibu hamil yang makan buah-buahan seperti pic dan lobak merah dalam jumlah yang banyak. Ini merupakan reaksi tubuh yang memerlukan beta karotena.

Mengidam sememangnya biasa dialami oleh wanita hamil. Terdapat segelintir wanita yang melalui keadaan ini di mana dia mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan makanan tertentu. Punca utamanya masih belum dapat dikenal pasti dan masih menjadi tanda tanya.

Biar pun begitu, kebanyakan pakar pemakanan beranggapan hormon dan kekurangan sesetengah jenis zat makanan mungkin menjadi penyebab rasa mengidam. Kehamilan yang ditanggung mungkin mendorong seseorang wanita itu tertekan dan mengalami kemurungan. Apabila keadaan ini berlaku, wanita berkenaan lazimnya akan mengidam makanan tertentu sebagai respons terhadap kemurungan mahupun tekanan yang dialaminya.

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk memberikan perhatian kepada jenis-jenis makanan yang diidamkan. Apa yang penting, makanan yang berkhasiat perlu diutamakan kerana ia ternyata dapat memenuhi keperluan nutrisi dan membantu membentuk emosi yang baik.

Sekiranya makanan yang anda idamkan kurang berkhasiat, jangan diabaikan rasa mengidam tersebut. Sebagai contoh, jika mengidam ais krim, anda boleh memakannya dalam kuantiti yang sedikit semata-mata untuk memenuhi rasa mengidam. Sebagai langkah keselamatan diri dan bayi, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik jika anda mengidam sesuatu yang bukan terdiri daripada makanan.

Panduan atasi rasa mengidam
1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak merudum sehingga boleh menjurus anda makan berlebihan. Jadi, anda digalakkan mengambil makanan seimbang 6 kali sehari.
2. Sekiranya rasa mengidam “menguasai” diri, lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti membeli-belah ataupun menonton wayang.
3. Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
4. Jika mengidam makanan yang tinggi kalori, dapatkannya dalam saiz yang lebih kecil bagi mengelakkan pemakanan berlebihan.
5. Sokongan moral amat penting kerana emosi wanita hamil biasanya tidak stabil sehingga dia menjadikan makanan sebagai teman rapat. Hakikatnya, pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi yang berubah-ubah sewaktu hamil.


Note : Dr anak pertama tekak den ni nk makan rojak jek..terutama rojak buah2..maybe aku ni jenis susah nk 'yak'..tu psl perlukan serat utk plawasan..wuallahuallam..

Friday 21 January 2011

Tag Psl Gaji..

1.Anda makan gaji?
>>Aku mkn nasik..haha..aku bkje dgn org bkn bkje sndiri..dpt ler gaji wat mkn..bla bla..

2. Bila biasanya anda dapat gaji?
>>2X sbln - 40% tgh bln..akhir bln 70%+elaunsss...

3. Pernah dapat gaji lambat?
>>tak kot..dpt cepat klu ada perayaan..

4. Perkara pertama yang anda buat selepas dapat gaji?
>>klu smpat pg2 singgah ATM..klu x Cimbclicks aje..bayo mana yg patot..

5. Adakah anda happy dengan gaji yg anda dapat?
>>bole ler..syukur alhamdulillah..

6. Apa yang anda buat dengan gaji pertama anda sewaktu anda mula mula bekerja dulu?
>>1st gaji..bangganyer dpt bg mak wat wit blanja dapo..pastu blanja family KFC..

7. Berapa selalunya anda simpan dari gaji anda?
>>tak tentu..nk menten saving..main kutu skrg ni..

8. Apakah barang berharga yang anda dapat beli hasil duit gaji anda?
>>D/payment Wira SE aku tu..TQ Ayah Aina coz bayokan bulan2..:)

10. Tagkan lima orang yang anda rasakan dah dapat gaji
>>sapa2 ler yg nk jawab..tp kena komen kt N3 aku ni yg korang nk jwb gak tag ni..

Monday 17 January 2011

Jom RM1 Pizza!!! with Hotlink Hot Ticket..

Jumaat malam sabtu lps..
celebrate besday Syasya @ Pizza Hut..
Ayah Aina pnguna hot ticket hotlink..
dpt ler collect..
4 kpg ticket..
kena guna sblm 30hb Jan..
so bole ler claim RM1 personal pan pizza..
(harga x tmsuk tax entah ape2 hah..)

gambo kami anak branak..
1st edition 2011.. @ blog..

sibebudak Aina tu mmg x reti mkn pizza gamaknyer..
mkn isi ajer..kulit kasik ayah dgn mama prabiskan..
ni pon tapau bwk blk..
esoknyer panaskan wat bekfes & minum petang..


Note : X belikan Syasya kek besday wpun dh janji..nnti ye cayangg...lain hari..

Friday 14 January 2011

Happy 4th Birthday Aina Batrisya!!!


Ini ler budak nyer Syasya..
yg myambut ulangtahun kelahiran ke-4 arini..
Doa mama yg terbaik utkmu sayang..
semoga menjadi anak yg solehah..
mbesar dgn sihat sejahtera..
dirahmati olehNya didunia & diakhirat..
berjaya dlm hidup & akhirat..
patuh dgn ibubapa..
hormat sesama manusia..
dijauhkan dr musibah..& pkara yg tdak diingini..
Insyaallah..Aminnn..


Thursday 6 January 2011

New year lucky draw dari blog ibu hamil

Jom join contest..cuba jangan tak cuba!!

http://hamil.mustaffa.org/new-year-lucky-draw-dari-blog-ibu-hamil




Pihak Blog Ibu Hamil (BIH) mengadakan New Year Lucky Draw.

Cara menyertainya;

1. Mudah sahaja, salin kod & tampal di blog masing-masing. Samada di sidebar atau dimana-mana sahaja.
2. Kena follow page Blog Ibu Hamil dengan menekan button LIKE Fan Page Facebook di sebelah kanan tu dan follow blog penaja hadiah di http://nurfatihahchuan.blogspot.com/
Done
3. Tinggalkan URL penyertaan anda di ruangan komen entri ini.

4. Itu sahaja.

Hadiah;
1. Hadiah Utama – 1 set Keronsang & Gelang + Key Chain + T-shirt Sabah
2. Hadiah Saguhati – 1 set Keronsang & Gelang + Key Chain (Untuk 2 Pemenang)
3. Hadiah ditaja http://nurfatihahchuan.blogspot.com/ (100% Buatan Sabah)

Tarikh tutup;

30 Januari 2011

Tuesday 4 January 2011

Yeayyy!!...Syiera dh drjh 1..


Ank dara sulungku dh drjh 1 thn ni..
perghh..beso sudah..
cam baru smlm mlahirkanmu (tiru ayat opismate)..
cam blum ilang sakit mlahirkan mu (ni ayt mrapu..huhu)..
sedo x sedo..masa blalu..
kini anakku dh myarung baju kurung
sek kebangsaan..
bkn lg baju kaler2 sek tadika...
bkn lg 3jam blajo..
kini hmpir 7 jam..pg ke ptg..
no more main2 huh!..


utk seisi ni..
Syiera bsekolah agama seisi pagi..
@ S.Agama Kopok, Pasir Gudang..
masa : 1015pg ~ 1145pg..
wpun digembar gemburkan..
antara sek agama tpadat..
ada plajar smpai bsila dilantai..
tp alhamdullillah..
tuk kelas ni murid x ramai..
maybe x lbh 30 org..
arap2 dpt lbh tumpuan & perhatian dlm kelas..

**********


Seisi petang plak..
Sek. Keb Kopok,Pasir Gudang...
satu kelas dlm 44 org..
ramai kan..
nk wat lagu mana..
taman perumahan naik mncanak2..
bangunan sek. tak buat2 lg..
so..tpaksa menge"tin sardin"kan..
sek yg sedia ada..
neway bkn alasan tuk ketinggalan..
ilmu mesti dicari & dituntut..
semoga Syiera dpt m'tangkap'..
semua ilmu yg cikgu sampaikan..
skrang tlalu ramai murid yg pintar..
semoga Syiera tgolong diklgan itu..
bersaing ler scara sihat..

"Good Luck Syiera"


Popular Posts