Jom follow blog nie..nnti i follow u gak...

Wednesday 29 December 2010

Kurang Darah..Tambah Darah...


Pg td check up dh 3x kantol kepekatan darah...kurang dr 11.0 gm..lg smggu kena dtg anto sample najis + urine kt klinik gomen utk diujikaji @ GH..sample darah pon kena amik gak..tp anto kt makmal klinik gomen bdktan jek..dlm masa smggu ni kena bsungguh2 mkn mknan bkhasiat..kaya zat besi..extra suplimen kot..smoga thindar dr gejala2 x diingini...

Info..

Apakah Kurang Darah?Justify Full

Kurang Darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa.Dalam istlah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus Haemoglobin.

Apakah yang menyebabkan Kurang Darah?

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

Kurang memakan makanan yang lazat dan yang mengandungi zat besi

Ibu yang kerap bersalin

Jangkitan cacing

Pendarahan dari faraj atau buasir

Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing ,penyakit limpa, demam malaria

dan penyakit barah.


Bagaimana seseorang tahu ia yang mengidap Kurang Darah?


Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah :-

Kelihatan pucat

Sentiasa rasa letih lesu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah

Rasa mahu pitam bila bangun

Sentiasa rasa pening

Bengkak kaki dan muka

Kebas kaki dan tangan

Rasa mengah dan hati berdebar-debar


Bagaimana Kurang Darah boleh dikesan?


Keadaan ini dapat dikesan awal jika puan datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja puan mengetahui yang puan mengandung

Semasa pemeriksaan , jururawat akan menguji setitik darah dari jari puan.

Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah puan kurang dari 9 gm peratus , puan dianggap mengalami kurang darah.


Apakah akibatnya apabila Kurang Darah ini tidak diambil berat?


Puan mungkin mengalami keguguran

Melahirkan anak tidak cukup bulan

Anak mati dalam perut

Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan

Puan mudah mendapat jangkitan penyakit

Keluaran susu badan akan berkurangan

Puan mudah mendapat penyakit lemah jantung

Puan mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin

Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan puan serta kandungan puan dan boleh membawa MAUT


Bagaimanakah puan boleh mengatasi keadaan Kurang Darah ini?


Puan harus mengambil langkah-langkah berikut:-

Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit

Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian,telur,ikan basah,daging hati,kerang dan tauhu.

Rehat dengan cukup

Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila puan mengalami tanda-tanda kurang darah.

Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan



Wednesday 22 December 2010

"bijak dahulu..bijak sekarang.."


Agihan pendapatan ASB 7.50 sen seunit

KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan

pd sape2 pyimpan tegar ASB mesti x sabo nk tggu pgumuman..perghhh bila dh diumumkan..otomatik laju je tekan2 kt calculator (aku ler tu..)..pastu x sabo nk tggu statement sebenor smpai dpn uma...alhamdulillah..rezeki..aku anggapkan sbgai "BONUS" tahunan...ye ler..arapkan bonus kt tmpat keje ni..x tentu..kkdg ado.. kdg takdo..tempat keje Ayah Aina..langsung takdo..apo nk di kato..huhu..neway tetap bsyukur dkurniakan pekerjaan..kot jd penanam anggur lg haru biru..

smlm@ KPI meeting..Factory manajor siap bg madah berhelah lagik..translation dlm BM..
"Jgn tanyer apa yg company bole lakukan utk anda..tanya apa yg anda bole lakukan untuk company"...adiossss......




Note : sikit2..lama2 jd bukit...Tinggggg......

Wednesday 15 December 2010

Resepi Bubur Asyura...

Esok 10 Muharam.. kt surau2 @ masjid kg..slalu ada sponsor bubur ni..tp kt bandar ni payah ler nak dpt..boleh ler plan masak bubur asyura...kasik kt jiran2 skali..

Bahan-bahan ( sekeluarga boleh makan), (sumber myresepi)
* 2 cawan beras
* sebiji santan kelapa(1/3 santan pekat dan 2/3 santan cair)
* 2 biji bawang kecil
* 1 inci halia
* garam secukup rasa
* **bahan untuk perencah(di tabur atas bubur)
* 10 biji bawang kecil(dimayang)
* 2 genggam kacang tanah
* 5 ketul ayam, ambik bahagian byk isi
* 5 batang daun sup
* 3 biji telur ayam(digoreng dadar dan dihiris nipis))

Cara-cara

1. Masak beras dengan ukuran air 3 kali ganda dari biasa. Biarkan hingga semua nasi bertukar jadi bubur.Kacau seberapa kerap yang mungkin untuk mengelakkan hangit.
2. Masukkan bawang kecil yang telah dimayang dan halia ke dalam periuk.
3. Masukkan garam apabila perlu dan rasa.
4. Bila semua nasi dah jadi bubur, masukkan santan cair dan kacau.Kemudian masukkan santan pekat dan kacau lagi sampai jadi bubur yang sedap.
5. ** bahan untuk perencah(ditabur)
6. Buat bawang goreng sendiri, lebih harum. Caranya, bawang kecil yang telah di mayang tadi di gaul dengan tepung gandum hingga agak-agak rata. JANGAN LETAK AIR !! Goreng dgn api kecil.Bila sudah kekuningan, angkat.
7. Goreng ayam, siat isi dagingnya
8. Kacang tanah digoreng
9. daun sup di ricih
10. ** Cara untuk menghidang
11. Tuang bubur dalam mangkuk, tabur daging ayam yang telah disiat tadi, kacang tanah, bawang goreng, telur goreng dan daun sup. Sedap dimakan masa suam-suam kuku. Errmmm..sedap..SELAMAT MENCUBA YE MAMA AINA !!

Monday 13 December 2010

Perkembangan bayi Minggu ke 17 - 20

(gambar 20 wk..insyaallah lg 2 mggu..)

Info..
Minggu ke-17,

rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Minggu ke-18,
Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.


Note : check up 09/12@17wk..HB drh trun smula 10.00..pucat..loya & mual2 still ada lg..2mggu lg kena c/up lg..test gula & kepekatan darah..

Thursday 2 December 2010

Santai @ Tiram Indoor Water Park, Johor.

sbhagian dr menan dlm kolam..suasana agak kelam..tp bole wat x sabo nk mlompat kt air..


Ingin menikmati suasana santai sambil bermain air di dalam kompleks membeli-belah?

Tiram Indoor Water Park yang terletak di dalam Today's Mall, Ulu Tiram adalah jawapannya.

Bagi pengunjung yang datang dari pusat bandar raya Johor Bahru, jarak ke kompleks tersebut hanyalah 16 kilometer dan ia terletak di Jalan Kota Tinggi, Kilometer 22 Ulu Tiram.

Tiram Indoor Water Park seluas 26,000 kaki persegi itu merupakan taman tema air pertama yang terdapat di dalam kompleks di negeri Johor.

Kadar bayaran yang dikenakan bagi kanak-kanak adalah RM10 iaitu pada setiap Isnin hingga Jumaat, RM15 (Sabtu, Ahad dan cuti umum) manakala bagi golongan dewasa pula adalah RM15 (Isnin hingga Jumaat) dan RM20 (Sabtu, Ahad dan cuti umum).

Waktu operasinya pula adalah pada pukul 10 pagi hingga 11 malam pada setiap Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 12 tengah malam (Sabtu dan malam cuti umum) dan 9 pagi hingga 11 malam (Ahad dan cuti umum). (kopipes Utusan Online)..

syiera & syasya..suker bangat..

So, bg warga Johor & sekitarnya..klu x bkesempatan nk g jauh2..bole ler gi sini jek..bwk family..lg2 time cuti skola skrg ni..

Ok ler bg aku..puas tgok anak2 tersenyum riang..sbb dpt men air..
dh mlompat kt air..naik boya..dorang x pandai swimming pon..


nk bwk g jauh2...bz sokmo..ni aku g dgn family kawan ayah aina..memula ingat nk tgok je ank2 mandi..tp tgok keadaan disitu..x leh tahan..tjebak gak..

jgn risau..bole sewa baju/seluar..tp seksi ler..x sesuai pd yg bertudung..so better s/by bwk dr uma...takpon beli kt Pasaraya Giant berdekatan..

ayah aina..guide anak2..aleesya tsenyum puas..fav bebudak men air..

tp yg x best nyer..suhu air tlampau sejuk..cam x kasik mandi lelama jek..bebudak Aina tu selamba jek taknak benti mandi & main menan kt situ...wpun bibir dh naik biru..tp mmg syok arr..gambo x byk..pas amik skit2..trus ltk camera kt loker..mama pon nk join skaki..


Note : jgn luper bwk wit lebey..stiap brg yg disewa...kena bayar deposit..(boya,loker,baju/sluar mandi)..tmpat mkn pon ada...


Thursday 25 November 2010

Syiera dh tamat pra-sekolah..


Alhamdulillah,
tamat la sudah pmbelajaran kakak..
dpringkat pra-sekolah..
mningkat ke satu tapak lg kehadapan..
semoga anak mama sentiasa success..
dlm apa bidang yg diceburi..
didunia mahupon diakhirat..
jgn le jemu mnuntut ilmu ye..



mama suka gambo nie..cantik pd pandanganku..



gambar kelas..K2..
alhamdullilah..selalu dpt keputusan baik dlm exam..tahniah..



Gambar kenangan smasa majlis konvokesyen..
@ ruang atrium pusat bandar, pasir gudang,
majlis yg ringkas tp bermakna..


Wednesday 24 November 2010

DOA SEMASA HAMIL

Doa semasa hamil

Ya Allah,
peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.
Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah,
jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam

Aminnnn......

Surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu



Tuesday 16 November 2010

Salam AidilAdha..

Salam aidiladha..
Semoga aidiladha ini memberi rahmat..
pada semua umat islam hendaknyer..
Maaf zahir & batin..
dr Aina's Family..


Note : brayer kt uma mak kt tmn molek, jb je..coter x der..lusa dh keje..

Wednesday 10 November 2010

Minggu Berganti Minggu..

~gambar hiasan ajer~

Arini ada mood nk citer psl aku a.k.a Mama Aina..
citer psl hal org prgnant ler..
so pasni hapdet je pkembangan dr masa kesemasa..
utk tatapan akan dtg nnti..

Prgnant kali ni mmg x drancang pon..
klu bole nk extend lg..
tp klu Allah dh nk bagi..
maka tjadi jgak..
sape suruh x pkai protection..
neway aku & somi terima seadaanyer...
mmandangkan aku plan nk ank 4 org pon..
Aleesya pon dh msuk 2 thn..
thn dpn bby kuar dia dh 3 thn pon...
so kira dh ok la kan..

mula2 aku kesukaan..masa WK-4 aku x mabok pon..
bbanding anak2 yg lain..
pe lg time tu raya blum abis lg..
open house sana sini...
puas aku dpt mkn dgn seleranyer..
WK-7
aku g check klinik panel..scan
alhamdulliah bby ada dlm rahimku..
check awal tuk pastikan kita x mgandung luar rahim..
WK-8
aku mula tak bole terima mkan..
loya & mabuk dtg myerang...
mkn sikit2 ajer...tuk alas peyut..
WK-10
start muntah kuning di awal pagi..
alahai penat weii..
dh ler mlm smlmnyer x lalu mkn..
rasa nk pitam pon ada...sabo sabo..
WK-11
g wat kad merah kt klinik kerajaan..
prosedur biasa..test air kencing..
amik darah..plg aku x suker..tiap kali nk amik darah time tu ler nurse tak jumpa urat)..
darah ni tuk check HIV & tentukan kumpulan darah..aku B+..
check kpekatan darah..kantol..darah cair kurang 11..dpt ler aku sticker hijau..
dpt ubat mcm2 ada..
WK-12
minum air gula..
pkl 8 pg bacan 4.4
pkl 10 pg bacaan 4.6
maner ler nk tggi gula aku..
coz pas minum aku blk rehat kt uma..
smpai je pintu pagar..
trus blari aku ke sinki..
kuar sumer air gula yg aku minum tu..
yuckkksss..pekat giloss..lepak aku lepak..
WK-13
appointment dgn Dr. kerajaan..
alhamdullillah kepekatan darah dh naik 11.3..
maybe berkat..aku pantang nescafe..
dan mkn ubat2 yg diberikan..
tarikh due date dr scan ..smakin cepat..dr kiraan manual..ayokk..

skrg ni aku masih mabok dan mabok lagi...
mmg x lalu mkn nasi..
pg sarapan..dpt ler telan 1/4 dr pmkanan biasa..
t/hari hnya mampu mkn lauk je..itu pon payah nk abis..
petang air manis (slalu aku order milo ais)..utk tenaga..
mlm mkn yg ringkas2 ajer..mcm roti canai ker..
itu pon nasib2 klu x tkeluar blk..
mula2 ku pikir anak dh ramai mkin kurang rasa mabok..
tp sama jek puan2...
stiap minit bharap cepat2 ler tempoh ni brakhir..
klu kt uma bantal dh jadi kawan sejati..
dapor dh lama x brasap..
mlm dan wiken..tapau aje ler..
tp kt tmpat keje ni..ku kuatkan diri...sbaik ada sinki kt lab blkg..
kot nk muntah leh basuh2 kt situ..
toilet jauh sebatu..
nk wat camne keje bhgian production..
alahan lain...
aku x suker bau perfume yg pekat..
mula ler kepala aku ting tong...
tp sapa ler aku nk sound2 org jgn pkai perfume g opis kan..
so minyak cap kapak ler kawan aku skrg ni kt opis..

fav aku masa ngandung ni..
aku suke makan tosai garing..
tp payah nk dpt ari2..
tosai yg sedap tu jauh dr uma..
asam2 aku jauhkan..
gantikan dgn kurma & krismis kering..
buah delima ku carik masa awal ngandung dulu..
dh dpt..skrg dh x mintak lg..
agak muak tuk mkn ikan dgn ayam..
mmm macam2 kan kerenah mak buyong ni..
sbaik dpt somi yg memahami..
byk mmbantu tuk mjaga 3 anak2 aku yg lain..
dikala aku asyik berbaring ajer..
thanks ayah!!
serta kawan2 yg sentiasa mmberi semangat..
ku sentiasa berdoa spaya diberi kesihatan yg baik..
smoga aku selamat hingga ke bilik bsalin nnti..
mdapat bby yg sihat dan sempurna...aminnn...

Tuesday 2 November 2010

Happy 2nd Birthday Aleesya!!!

Happy 2nd Birthday Aleesya!!!
Dh beso anak daraku ini...
Doa dr Mama..
Semoga DiriMu...
Membesar Dgn Sihat Sejahtera..
Menjadi Anak yg Solehah..
Berjaya & Berbahagia dlm Hidup diDunia & Akhirat..
Aminnnnnnn....
Sayang kamuuuu...........

Aina Nur Aleesya
Dob : 02/11/2008

Note : Besday present aleesya..beskal 3 roda.nnti tepek gambo yek..2nd hadiah utk satu family.. ahli keluarga baru insyaallah utk tahun dpn yerr.. tungguuuu....



Tuesday 19 October 2010

N3 entah aper2..


ku lemparkan senyuman buatmu..



Thursday 7 October 2010

Wit Rayer dr Nuffnang..


Alhamdulillah..dpt gak rezeki di last2 rayer ni..
Cheque dr Nuffnang dh smpai smlm..
Blum cash out lg..
Tak ler byk maner..
Lepas ler susu drypers anak2..
Tima kasih kpd yg sudi dtg blog aku..
& korang tolong klik2 kan iklan kt situ..
skrg malas tul nk hapdet blog...
bkesmpatan singgah gak uma kawan2..
cuma kkdg x tggal komen jer..
Adioss...


Thursday 23 September 2010

Gengz Mamamss kembali lagik..

kt opis siap ada geng2 plak..
harus dislh paham org ni..
tdgar gak sora2 sumbang..
grouping..bpuak..
mmmm sori ler bro..
ktorang suker2 aje..
lg pon lain2 dept..
pe slh klu nk mamam bsama..
leh mgeratkan psaudaraan..

(gengs mamam..masitah,syima,ina,nor,masrina,sal,apple,yaty & zety)

k ler..
smlm ktorang start smula
program mamam2..
stelah sbulan bposa..
ni utk celebrate besday bln August..
aku 31hb & zety 30hb..
menu utama makaroni goreng..
thanks utk yg bwk portluck..
kuih2 raya..kek bagai..kerepek..
v
v
v
nk tepek gak ler..
present yg gengz mamam kasik..



Note : posa trun 2kg..raya naik 7kg..


Monday 20 September 2010

Aidilfitri 2010...

Tema Raya.. kaler oren..
Thn ni bpagi raya @ pasir gudang..kt uma sendiri..
Pas solat raya bru btolak ke my parent kt Tmn Molek, JB..
Pas mnikmati juadah raya yg sedap2 belaka tu..
Ketupat, rendang, ayam masak merah, kuah lodeh, sambal goreng, sambal udang..
Bsalam2an minta ampun maaf dr family..
Bergambo sakan...
Baru ler..brangkat ke Kuantan..

Jln jammed skit ke jln mnuju ke Kota Tinggi..
Hujan renyai2..jalan licin..
Ada 2 kemalangan..kereta tbalik..kt area situ..
Bdezup dezap..akhirnya selamat sampai kt uma Mil..
Kat uma Mil thn ni ada ketupat..rendang..sambal ikan..mee soto..

2nd Raya..
pakat2 ramai2 raya @ Jerantut..
utk melawat mak mertua adik ipar sakit..
pjalanan mgambil masa 2 jam...
pas mlawat org sakit..
dok kt uma kakak biras..
menu mamam..KFC..
mnunggu kaum bapak g kebun..
panjat pokok duku langsat..
pastu gerak ke Maran..
uma Mil adik ipar no. 2...
mamam nasi ayam yg sedap..


3rd Raya..
braya @ Pekan..kg mil..
best..suasana kampung yg damai..
blk dr tu..g braya uma mak long & mak teh en somi kt area Kuantan


4th Raya...
Pakat2 lunch kt tepi pantai..Pantai Sepat..
Mil & adik ipor..masak kancil masak kari..
kancil ni hasil buruan adik ipar no.3..
msh fresh..panas..
best giler..dpt bkumpul ramai2..
anak2 pon bole suka suki mandi pantai..main pasir..



5th Raya..
Btolak balik ke Pasir Gudang..
Pjalanan lancar & selamat..

Kesimpulan..amat2 bpuas ati raya tahun ni..
dpt braya di 2-2 belah pihak..


Note : Raya ke 7th..kereta kami xcident dgn lori pas braya uma member kt Skudai..sbaik kami skluarga selamat..dugaannnn....

Monday 6 September 2010

Aidilfitri Yang Akan Menjelang..

arini 27 Ramadhan..
mood keje hampir ilang..
mahu je coti awal...
tp mana bole..
cuti pon ngam2 utk rayer..
kang ada emergency..
maner nk korek cuti lg..
dr pg dh bukak lagu raya..
bchit-chat dgn member..tuk ilang boring..
btenet jgn ckp..
x peduli org lalu lalang dok tgok ular beso ni..
persiapan raya lebih utk anak2..
mbeli ala kadar ajer..
mgikot kmampuan & keperluan..
kt uma..tiada apa yg bganti..
langsir, alas sofa, perabot..x gantian..
cuma rasa nk beli alas kaki baru jek..
itu pon blum beli lagi..
kuih raya..x plak rajin mguli..
beli dgn opismate yg biz kuih raya thn ni..
wpun serba serbi kekurangan..
tak bmakna aku xnak beraya..
cuma rasa x perlu mbazir tak tentu pasal..

harapanku..smoga hari raya thn ni..
lbh bmakna dr thn sblm2nyer..
dpt bkumpul dgn family..
mgeratkan sillaturahim..

kpd kawan2 semua..
ku ucapkan selamat hari raya..
berhati2 dijalan raya
smoga selamat pergi & balik..
jgn lupa sblm btolak..
baca ayat qursi..selawat byk2..
smoga dipermudahkan perjalanan kita..insyaallah..

Tuesday 31 August 2010

Hadiah Birthday Yang Paling Berharga..

1st..
nk wish kt diri sendirik hepi besday yg ke 31thn..
2nd..

epi anniversary yg ke 7th tuk aku gakk..
yuppp tarikh pkawinanku sengajaku pilih sama dgn besdayku..
ni ler hadiah plg bharga padaku..
bgelar raja sehari...
menjadi isteri kpd suami yg dikasihi..
dgn restu ibubapa kami..
alhamdullillah..
stelah 7 thn mlayari bahtera rumahtangga..
kami dikurniakan 3 org puteri..
semoga pkahwinan kami kekal abadi slamanyer..
doakan kami bahagia & diberkati oleh Allah S.W.T selalu..aminn..

Note : Bersyukur berkongsi hidup dgn suami yg bertanggungjawab..




Thursday 26 August 2010

Resepi Kuah Lodeh Tmn Molek..



16 Ramadan..
Thn ni..klu x aral..insyaallah pagi raya kami di Kuantan, Pahang..
Since bkawin pd thn 2003..
Ktorang bgilir2 1st raya antara Kuantan @ uma family aku kt Tmn Molek, JB..
Biler turn pagi raya kt Kuantan, pasti aku tkenang masakan pg raya mak aku..
Maklumler dh lbh 2 dekad hidup dgn familyku..
Salah satu masakan yg mjadi fav. family ktorang..ialah kuah lodeh..
Dimkn bsama dgn ketupat yg kami anyam sendiri..ayam masak merah..rendang..dll..
Braya @ Kuantan..mmg takde mskkan sayur…
X jumpa ler aku kuah lodeh mak aku @ sambal goreng(mesti dpt tiap2 thn..jiran dpn aku..jowo)..huhu..
Nk msk sendrik..alamat aku sorang je ler yg mlantak..
En.somi bitau dorang x biasa mkn sayur2 dipg raya..
Ni ku tepekkan resepi utk rujukan diri sendirik..

KUAH LODEH TMN MOLEK

Bahan sayuran
Kacang panjang [potong pendek/serong]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
Cili hijau [hiriskan/serong]
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

Daging & babat direbus(potong kecil2)

bahan blend
bawang merah
bawang putih
serai
lengkuas
kunyit hidup

bahan lain
santan kelapa
minyak [tumis]
garam

Cara2
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan daging & babat, santan dan kacang panjang dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan garam.
4. Jangan over cook..

Thursday 19 August 2010

Fesyen tudung sanggul tinggi bak bonggol unta..




**COPY PASTE DR BLOG SESEORANG..UTK PERINGATAN SENDIRI & SEMUA**

Saya rasa.. amat penting untuk saya kongsikan satu perkara ni.. Act, saya baru jer tau ttg perkara ni. Kalau kita semua perasan sekarang, fesyen bertudung bersanggul sangat2 femes sekarang. Saya tengok, majoriti yang bertudung, especially y pakai shawl...msti akan mengayakan tudung y dipakainya dalam keadaan bersanggul.

Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dlm pic diatas. Memakai tudung y menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan kawan2 semua . Renungkanlah hadith2 dibawah :
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.



Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


KOMEN :
Sama2lah kita sebarkan isu ini.. Agar ianya dapat memberi kesedaran utk diri saya & kita semua. Saya sendiri pun... masih x perfect. Banyak sgt perkara yang harus diperbaiki. Disudut +ve , dunia blogging ni banyak memberi info y selama ni saya x tahu & banyak juga memberi kesedaran drp semua sudut. Sebarang n3 drp blog ini yang dapat memberi info, kebaikan @ pun kebajikan utk semua, saya izinkan kawan2 yang datang kesini utk copy n3 tersebut.. Adalah baik jika ilmu y kita tau itu dapat dikongsi beramai-ramai.

Note : arini pkai tudung syria hadiah GA..pestime pkai g keje.. aceli x confident nk pakai coz rasa x sesuai dgn muka bulat ku ini..neway dh free..pakai ajer ler..yg pnting tanpa sanggul tinggi..

Tuesday 10 August 2010

Semoga Success Sokmo..


Lamer x hapdet blog..dh naik sawang pon..
Kebzan melanda coz wat 5S project kt tmpt keje ni..
syukur ler dh siap 70%..
x moh bpenat2an time bln posa nnti...

Ni nk tepek citer psl ank sulungku..Aina Syahira..
2 mggu lps..ada hari terbuka kt sekolah..
cam biasa amik report card utk peksa ½ thn..
dpt ler diskuss dgn teacher2 perihal progress anak2 kita..
Alhamdulillah..result peksa kakak Syiera mmberangsangkan..
dpt No. 1 dari 23 org pelajar..dgn peratusan 99.33%..
Selain tu, utk bacaan dlm solat pon bole dikatakan semua bacaan yg wajib
dh hafal..baguskan system pmbelajaran skrg..pendedahan awal tu penting..
Time mama dulu darjah bape ler..baru hafal doa qunut..



Sabtu lepas plak, ada Sukaneka kt Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang,
Kakak Syiera bwk blk gak trofi dgn pingat sbb jadi Johan..
Suker betul kakak Syiera..sbb menang games..
Harap2 anak2 mama bkn sahaja cemerlang dlm akademik tp bab sukan gak..
Klu ikot mama mmg OUT ler bab sukan2..belajar pon x pandai mana..tu jd tang gini jek..

Memandangkan esok dh start berpuasa...kesempatan ini..nk ucapkan..

KEPADA SEMUA MUSLIMIN/MUSLIMAT.. AMPUN DAN MAAF DIMINTA..
SUPAYA JIWA KITA LEBIH TENANG KALA MENJALANI IBADAH DIBULAN MULIA..

semoga Ramadhan tahun ini menyuntik lebih banyak hidayah dan kita kekal mengamalkannya sesudah itu..amin
Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa..

Monday 2 August 2010

Kad penghargaan Ibu Menyusu..

kad ni dtgnyr dari Dunia Susu Ibu..
dihadiahkan untuk semua ibu yg menyusu..
kepada rakan blogger yg masih myusukan anak anda..
sila tepek yerk..
Semoga mmberi semangat utk terus myusu..
Lilypie Breastfeeding Ticker

Tuesday 13 July 2010

Rona Di Danau Hati

http://naluri-ini.blogspot.com/2010/06/pengumuman-kontes-penulisan-kreatif.html

Rona Di Danau Hati

Atikah menyapu peluh di dahi dengan belakang tangannya. Dengan langkah longlai dia menghampiri pintu pagar rumah sambil tercungap-cungap. Sudah menjadi rutin pada hujung minggu dia akan keluar berjoging. Selalunya dia ditemani oleh rakan serumah, tetapi hari ini dia melakukan aktiviti itu berseorangan berikutan rakannya itu pulang ke kampung. Peti surat diperiksa sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menghela nafas sambil melabuhkan punggung di atas sofa ruangtamu. Satu persatu kepingan surat yang berada di tangannya diteliti. Matanya tertumpu pada sampul surat berbunga dengan setem tertera tulisan London. Dengan jelas tertulis namanya sebagai penerima. Dengan penuh rasa teruja dia membuka sampul surat berkenaan.

----------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum...

Tatkala dikau membaca isi kandungan warkah ini, diriku sudah bergelar seorang suami. Tidak perlu lagi aku meneruskan coretan. Hanya sekeping foto pengganti diri sebagai bukti. Hanya kemaafan kupohon darimu. Kuharap kau mengerti.

Yang benar,
Shahrizal

----------------------------------------------------------------------

Matanya kian berkaca saat merenung gambar persandingan seorang lelaki yang selama ini bertakhta di hatinya bersama wanita lain. Dia bingkas menuju ke arah bilik. Berdentum pintu bilik saat dia menutupnya. Dia duduk sambil memeluk tubuh di penjuru sudut bilik kecil itu. Mata dipejamkan sambil dia merapatkan dahi ke lutut. Tidak tertahan lagi perasaannya. Berlinangan airmata seperti tidak mahu berhenti bercucuran. Ternyata sekeping nota ringkas yang baru dibaca itu benar-benar telah melukakan sekeping hati yang ampuh. Sekeping gambar yang tadinya berkeadaan sempurna kini bertaburan di atas lantai. Bersepah dicarik-carik oleh Atikah dengan segumpal perasaan amarah. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Bercampur-baur sentimen yang dirasai olehnya. Adakah dia hanya perlu akur dengan kekecewaan ini dan menutup segenap ruang hatinya dari perasaan cinta atau mungkinkah suara gemersik sang kekasih bisa bergema kembali.

**********************************************
“IKa… Ika…” ketukan demi ketukan bergema di ruangan tamu. Biliknya begitu berhampiran dengan ruang tamu rumah setingkat itu.

Atikah yang sedang terlena, terpisat-pisat. Terasa matanya terlalu pedih. Fikirannya kosong. Entah mengapa dunianya terasa lain. Seakan terlupa dia pada kisah duka yang telah menyentap kebahagiaannya sebentar tadi. Dia cuba bangun, terasa kepalanya berat pula.

Mata Atikah berbalam lagi... kenangan yang baru sahaja beberapa jam yang lalu berlaku terlintas di dalam fikirannya. Serentak itu juga, matanya terpaku pada carikan kertas yang bertaburan di atas lantai. Sungguh! Jika dia punya kudrat, juga punya kuasa, mahu sahaja dia melenyapkan memori duka itu.

Linangan air mata tidak mampu dia tahan lagi. Bagaikan butiran manik-manik halus bertaburan jatuh satu persatu. Mengapa? Mengapa semua ini harus menimpa dirinya? Tegar lelaki yang amat dikasihinya itu membuang cintanya begitu sahaja? Bagaikan ditikam dengan belati, nyawanya hilang seketika. Kejamnya manusia yang bernama Sharizal!

”Sampai hati abang buat Ika macam ini... mana pergi janji-janji abang dulu? Ika benci abang! Ika benci!” serentak itu, kepingan kaca bertaburan di atas lantai. Bingkai gambar yang cantik pecah berderai. Potret seorang lelaki yang sedang tersenyum itu terdampar di lantai. Atikah meraung.

”Ika... Ika... buka pintu ini. Jangan buat aku takut Ika... kau kenapa?” bunyi kaca yang jatuh terhempas itu sangat mengejutkan Intan. Di dalam rumah itu mereka tinggal bertiga. Murni pulang ke kampung.

Sepi... hanya tangisan Atikah sahaja yang bergema di ruangan kecil itu. Sementara Intan pula hanya mendengar sayup-sayup tangisan rakannya itu.

”Ika... jangan buat aku risau, Ika. Bukalah pintu ini. Dari tadi kau tak keluar dari bilik. Ika...” pujuk Intan lagi.

”Ya Allah... kenapa dengan Ika ini?” soal Intan pada dirinya.

Sejak dari tadi dia menanti rakan serumahnya itu. Dia gusar kerana sejak dia pulang dari pasar, Atikah tidak keluar dari biliknya. Kebiasaannya, mereka akan bersarapan bersama-sama. Begitu rutin mereka di hujung minggu. Jika tidak pulang ke kampung, mereka lebih senang duduk di rumah sahaja.

Intan berjalan mundar mandir di depan pintu bilik Atikah. Hatinya benar-benar rungsing. Tidak putus-putus doa di dalam hatinya bergema. Moga rakannya itu selamat...


Setelah puas menangis, Atikah bangkit. Dia mengorak langkah satu persatu dengan gerakan yang amat perlahan sekali. Pintu biliknya dibuka. Setelah beberapa jam mengurungkan diri, baru kini perutnya terasa lapar. Tekak pula terasa haus.

”Ika...”

Tegur Intan sebaik sahaja dia terpandang kelibat Atikah keluar dari biliknya. Atikah berhenti melangkah. Matanya dialih ke arah Intan yang sedang berdiri di ruang tamu. Nampak jelas kerisauan di wajah rakannya itu. Tanpa banyak bicara, Atikah meluru ke arah Intan.

”Intan.... tolong aku Intan...” buat sekian kalinya, Atikah menghemburkan air matanya lagi.

Intan yang panik pada mula terus mendakap dan mengelus lembut belakang tubuh Atikah.

”Kenapa, Ika? Kau sakit ke?” pujuk Intan lembut. Tangisan Atika makin kuat.

”Kenapa dia tinggalkan aku, Intan? Apa dosa aku pada dia? Kenapa dia buat aku macam ini?” Tersekat-sekat Atikah meluahkan perasaannya. Berselang seli pula dengan suara tangis yang mendayu-dayu. Hiba sungguh Intan mendengarnya.

”Siapa, Ika? Siapa yang buat kau menangis macam ini?” desak Intan.

Pelukan mereka terlerai. Intan memimpin tangan Atikah. Mereka melabuhkan punggung di Sofa. Dan kemudian menghenyakkan tubuh mereka di dada Sofa. Atikah bagaikan tenggelam dengan perasaannya sendiri. Tangisannya tidak reda lagi.

”Rizal dah tinggalkan aku, Intan... dia... dia... dia dah kahwin. Apa dosa aku sampai dia tergamak buat aku macam ini?“

Intan sangat terkejut. Wajahnya berubah, dia juga seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu. Wajah Atikah dipandangnya tepat.

“Kau ada bukti ke?” soal Intan. Wajahnya benar-benar lain.

Atikah mengangguk lesu. Dia sudah tidak berdaya lagi. Hari-harinya bagaikan kelam. Dia tidak mampu membendung perasaan sedihnya. Tidak semena-mena Atikah mendengar suara halus Intan sedang menangis. Atikah menoleh ke arah Intan. Bersungguh Intan menangis kala itu.

”Kau pun sedih, Intan?” soal Atikah. Kala itu bagaikan tiada lagi air mata yang hendak dialirkan. Dia sudah puas menangis beberapa jam yang lalu.

Intan tersentak, air mata diseka. ”Aku... aku sedih sebab kawan baik aku dikecewakan macam ini. Sampai hati dia kecewakan kau.” Kata Intan tersekat-sekat. Tubuh Atikah terus dirangkulnya.

“Entahlah Intan… sia-sia kesetiaan aku selama ini. Tak cukup lagi ke, hampir lima tahun aku setia menanti kepulangan dia. Tak cukup lagi ke, pengorbanan aku selama ini? Apa lagi yang dia mahukan?“

Atikah cuba menahan tangisan tapi dia tidak mampu. Akhirnya air mata yang disangka telah kering itu mengalir juga akhirnya.

“Bersabarlah… Ika…” mereka menangis sama-sama…

******************************************


Sudah dua bulan peristiwa itu berlaku, Atikah sudah mula dapat menerima hakikat, Shahrizal tidak mungkin jadi miliknya lagi. Perasaan sedihnya juga sudah dapat dikawal. Saban hari dia meniup semangatnya agar tidak menjadi lemah. Ya! Dia harus kuat. Kekecewaan ini menjadi pemangkin untuk dia terus maju.

”Bunga bukan sekuntum, kumbang juga bukan seekor...” kata-kata Lutfi itu sering kali bergema di fikirannya. Memang benar! Itulah antara peniup semangatnya untuk terus hidup!

Atikah juga sering menyibukkan dirinya. Kadangkala dia bekerja sehingga lewat malam. Pekerjaannya sebagai Eksekutif Jururancang yang baru sahaja disandangnya itu menuntut pengorbanan masa yang bukan sedikit. Dia terpaksa menyediakan schedule untuk production keesokan harinya.

Intan pula bekerja di bahagian purchasing. Kebiasaannya Intan akan balik tepat pada pukul 6.00 petang. Kesibukan Atikah membuatkan mereka jarang bersembang. Manakal Murni bekerja di syarikat lain. Rakannya yang seorang itu lagi teruk, asyik travel saja. Dalam seminggu dua atau tiga hari sahaja nampak batang hidungnya. Itupun pada hujung minggu.

”Hai Ika... tak balik lagi ke?” tegur Lutfi.

Atikah yang sedang asyik menaip itu tersentak, kemudian dia menggelengkan kepalanya. ”Banyak kerjalah, Lut. Kau dah nak balik ke?” soal Atikah kembali.

Lutfi menarik kerusi yang berada di hadapan Atikah. Dia tidak segera menjawab. Wajah Atikah direnungnya.

”Hello kawan... yang kau tengok muka aku tu, kenapa?” soal Atikah. Lutfi tersengih-sengih.

”Ika... kau perasan tak, kawan kita tu asyik termenung aje. Aku peliklah. Sejak bila pulak dia tukar karektor, ya?” Lutfi membuka bicara setelah mendiamkan diri seketika.

Atikah mengerutkan keningnya. ”Kau cakap pasal siapa ni?” soal Atikah. Dia turut rasa pelik. Siapa pula gerangan insan yang dimaksudkan oleh lelaki di hadapannya itu.

”Intan...” sebaris nama itu keluar dari mulut Lutfi. Makin berkerut kening Atikah.

”Intan?” soal Atikah kembali. Sedikitpun dia tidak perasan perubahan sikap rakan serumahnya itu. Apa yang dia tahu, sejak kebelakangan ini, Intan banyak mengurungkan dirinya di dalam bilik.

”Kau tak perasan ke?” soal Lutfi agak hairan bila mendengar pertanyaan Atikah itu.

”Hehehe... aku... aku sibuk sangatlah. Tak perasan pulak aku dia dah berubah,“ jawab Atikah sambil ketawa kecil.

“Kau tu memang… orang lain kerja juga. Tapi taklah macam engkau. Orang keliling sikitpun kau tak kisah. Bom atom meletop kat tepi kau pun, agaknya baru kau sedar,” sindir Lutfi sambil bergurau.

”Eleh cakap orang. Yang dia tu, kalau dah sehari suntuk kat dalam production, batang hidung kaupun aku tak nampak tau.” balas Atikah kembali. Lutfi yang menyandang jawatan engineer itu tergaru-garu kepalanya. Bibir pula sudah tersenyum lebar.

”Tapi betullah, Ika. Kau cubalah risik-risik Intan tu, kenapa dia diam aje.” Kata Lutfi, kali ini dia serius pula.

“Amboi… risaukan buah hati ya? Yalah.. nanti aku tanyakan ya...” usik Atikah. Mereka sama-sama ketawa.


Sampai sahaja di rumah, Atikah mendengar suara halus menyanyi-nyanyi kecil. Sangat riang sekali bunyinya. Beg tangan serta kunci kereta segera di simpan dalam bilik. Segera Atikah menuju ke dapur.

”Amboi gembiranya hati kawan aku ni... ada apa-apa ke?” tegur Atikah, Intan yang sedang menyiapkan makan malam terkejut.

”Ya Allah... kalau ya pun bagilah salam dulu.” bebel Intan sambil mengurut dadanya.

”Aku dah bagi salam, kau aje yang tak dengar. Wah! Sedapnya bau. Buat perut aku lapar pulak,“ segera periuk hangat itu dibuka. Berkepol-kepol asap keluar dari periuk tersebut.

”Tadi Lutfi tanya aku, kenapa kau muram aje sejak kebelakangan ini. Kau ada masalah ke?” soal Atikah. Ketika itu mereka sedang menghadap makan malam.

Suapan Intan terhenti, bibirnya terus mencebik. ”Alah sibuk betul mamat perasan tu. Aku rimaslah dengan dia, sebab itu aku malas nak layan dia,” Intan memberi alasannya.

”Tak baik kau buat dia macam itu... dia baik apa? Takkan salah dia nak mengurat kau. Kau pun masih solo lagi, kan?” giat Atikah. Atikah sedikit hairan melihat perubahan sikap Intan. Sebelum ini, Intan berkurung dalam bilik, hari ini pula, boleh berlagu riang?

”Aku ini tak macam engkau... kau lainlah semua jantan kau nak layan. Sebab itu Rizal tinggalkan engkau,” tajam menikam sindiran Intan itu.

Bergetar perasaan Atikah tatkala nama itu menyapa gegendang telinganya. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu disebut. Sudah lama juga dia cuba memadamkan ingatannya terhadap lelaki itu. Atikah membasuh tangannya. Seleranya sudah mati!

“Ika... aku... aku minta maaf. Aku tak sengaja.“ mohon Intan. Atikah terus berlalu masuk ke dalam biliknya.

Di dalam bilik Atikah termenung. Kata-kata Intan bergema-gema, silih berganti dengan helai tawa. Atikah menekup telinganya.

“Abang sayang Ika... sebab itu kalau boleh abang tak mahu Ika rapat dengan mana-mana lelaki. Abang nak Ika sayang abang sorang.“ Kata-kata Shahrizal suatu ketika dulu bermain di fikirannya.

“Abang... Ika bukan ada apa-apa dengan mereka. Salah ke Ika baik dengan semua orang?” sedikit tersinggung perasaan Atikah saat itu.

”Ika... abang Cuma tak nak kehilangan Ika... dengarlah cakap abang ini. Tolong ya sayang...” itulah ungkapan sebelum Shahrizal berangkat ke luar negara.

Kata-kata itu dipegangnya. Dia sayangkan Shahrizal. Dia juga tidak mahu kehilangan lelaki itu. Sesiapa sahaja ingin rapat dengannya, dia cuba mengelak. Namun dengan Lutfi, dia tidak boleh mengelak lagi. Dia dan Lutfi terpaksa berhubung demi syarikat mereka. Kerja mereka bersangkut paut.

”Berapa kali dah abang pesan? Jangan rapat dengan lelaki lain!“ marah Shahrizal. Ketika itu, Shahrizal cuti panjang. Mereka menghabiskan masa bersama-sama.

Shahrizal berang bila melihat Lutfi mengejutkan Atikah yang sedang membelek anak patung beruang yang besar itu. Apabila Shahrizal nampak Atika berbual mesra dengan Lutfi, api cemburunya semakin membara.

“Abang... dia itu Lutfi, kawan sekerja Ika. Takkan nak berbual dengan diapun tak boleh?“ Atikah cuba membantah. Merah padam wajah Shahrizal menahan marah.

”Ini depan mata abang, Ika berani buat. Entah-entah belakang abang, lebih teruk dari itu,” sembur Shahrizal lagi. Atikah mendengus geram.

”Abang... percayalah. Ika tak ada apa-apa dengan dia. Dia pun tahu Ika dah ada buah hati. Buah hati yang kuat cemburu ini… dia pun tahu Ika keluar dengan abang… takkanlah dia nak tackle Ika pulak. Dia dah ada buah hatilah abang…” Atikah cuba memujuk. Hidung mancung Shahrizal ditariknya. Lengan lelaki itu turut diusapnya.

“Betul?” soal Shahrizal. suaranya sudah semakin mengendur. Atikah mengangguk, lantas tangan diangkatnya.

”Aduss!” Shahrizal menepuk dahinya. ”Abang minta maaf, okey. Abang ni terlalu takut, Ika. Takut Ika disambar orang. Yalah... abang jauh, Ika dekat sini. Abang... abang betul-betul sayangkan Ika...”

”Tipu! Kau penipu!” suara halus keluar dari mulutnya. Atikah memejamkan matanya. Telinganya masih ditutup rapat.

*******************************************

Cutinya dihabis dengan merehatkan dirinya secukup-cukupnya. Dia memilih Pulau Sibu sebagai destinasi. Dia dapat rasakan ketenangan di situ. Pada awalnya, dia telah mengajak Murni untuk bercuti sama. Malangnya rakannya itu sudah mempunyai agenda tersendiri. Syarikatnya telah menghantarnya ke luar negara untuk berkursus.

Sejak peristiwa Intan mengeluarkan kata-kata kesat itu, mereka seakan sudah punya jurang. Intan juga jarang ada di rumah. Ke mana dia pergi, Atikah tidak pernah ambil tahu lagi. Entah mengapa hatinya benar-benar terguris dek kata-kata nista itu. Belum pernah lagi dia melayan mana-mana lelaki lebih dari sepatutnya. Orang menegur, dia akan menjawabnya.

Setelah puas dia berjalan, perutnya terasa lapar pula. Dia pergi ke kafe yang terletak tidak berapa jauh dari tempat penginapannya. Di situ dia memilih tempat yang agak terlindung. Namun dia boleh nampak manusia-manusia yang lalu lalang di situ.

Makanan sudah dipesan. Cermin mata hitam yang dipakainya dinaikkan ke atas kepala. Topi yang menjadi pelindung wajahnya diletak di kerusi yang berada di sebelahnya. Sedang dia leka memerhatikan gelagat manusia, matanya tertumpu kepada sepasang kekasih yang sedang berpegangan tangan. Mereka sedang asyik ketawa.

Wajahnya sudah membahang. Bibirnya bergetar. Beberapa kali matanya dipejam celik agar bayangan yang dia nampak itu hanyalah khayalan belaka. Ya! Dia tidak bermimpi. Masakan di siang hari dia bermimpi pula. Tidak! Lututnya begitu lemah sekali.

Matanya dipejam rapat-rapat. Dia tidak mahu melihat adegan seterusnya. Gelodak di jiwa makin menyesak nafasnya. Air mata pula sudah mula menekan-nekan pundi mata, diminta agar ianya dikeluarkan segera. Tidak! Aku tidak percaya!

Sejak bila? Macam mana? Dan kenapa? Persoalan-persoalan itu silih berganti menyesak fikirannya. Dia benar-benar tidak percaya! Mustahil! Ya terlalu mustahil!

Dan lebih tidak percaya... aura itu semakin dekat dan begitu menghampiri dirinya. Gelak tawa sang teruna dan dara membuatkan jiwanya terbakar. Ya Allah... berikanlah kekuatan padaku... agar aku bisa menghadapi semua ini...

”Cik... silakan menjamu selera,” suara pelayan itu menyentak perasaannya. Matanya dibuka. Senyuman palsu dihadiah olehnya.

”Alah abang ni... nakal tau...” suara gemersik si dara membuatkan dia rasa kenyang. Ya! Kenyang kerana marah!

Atikah tidak dapat bertahan lagi, dia mengambil topinya, cermin mata juga turut dipakai. Duit RM50 diselit di bawah pinggan yang masih lagi tidak terusik makanannya. Ketika dia ingin bangun, tidak semena-mena, air yang di bawa oleh pelayan itu tertumpah pada baju si dara.

”Aucct! Kau!” marah si dara. Dan ketika itulah Atikah memandang si dara. Dan wajah si dara nampak pucat lesi. Ditoreh dengan pisau pasti darahnya enggan mengalir.

“Ya aku!“ bergema suara Atikah. Saat itu juga si teruna bagaikan terpaku. Dia tidak sangka!

“Ika!” serentak suara Shahrizal dan Intan bergabung. Bagaikan mahu menikam jiwanya.

Atikah tidak tunggu lama, dia terus berlalu pergi meninggalkan pasangan itu. Air mata pula seakan tidak mahu sepakat dengan dirinya, dia menangis lagi.

“Ya Allah… kawan yang aku anggap sahabat itu telah mengkhianati aku!!!” jerit Atikah sambil berlari menuju ke biliknya.


Pertemuan enam mata itu telah merungkai segalanya. Intanlah punca semua itu. Intan telah mengirim gambar dia dengan Lutfi. Ketika itu dia hampir jatuh tangga, Lutfi pula ingin naik ke atas. Mujur ada Lutfi menyambut tubuhnya. Jika tidak… pasti dia sudah mencium lantai.

Dia tidak sangka ketika itulah Intan telah mengambil kesempatan untuk menghancurkan cinta mereka. Shahrizal juga mengaku, dia terpaksa berlakon denga mengatakan dia sudah berkahwin. Dia sanggup mengambil gambar di kedai. Semuanya kerana perasaan cemburu butanya itu.

Paling memedihkan perasaan, kenyataan dan pengakuan Intan sendiri. Sungguh di luar jangkaannya! Sanggup Intan membuat fitnah kerana terlalu cemburu atas kejayaan Atikah. Apatah lagi bila melihat kebahagiaan Atikah dengan Shahrizal. Sedangkan dalam diam, dia punya perasaan terpendam terhadap Shahrizal. Gila! Hanya kerana lelaki, Intan sanggup mengkhianati rakan sendiri...

“Ika… abang minta maaf… abang… abang masih sayangkan Ika… abang tak sangka, semua ini fitnah, Ika.” Rayu Shahrizal. Tanpa segan silu, lelaki itu melutut kepada Atikah.

“Maafkan Ika, bang. Memang hati Ika tak dapat melupakan abang lagi, namun Ika sudah nekad, Ika tak mungkin dapat menerima abang buat kali kedua. Ika dah biasa sendirian. Ika tak mahu serabutkan kepala Ika lagi.” Luah Atikah. Biarlah dia hidup tanpa lelaki itu. Dia tidak mahu perasaanya sakit lagi. Cukuplah dia kecewa sekali, tidak mungkin dia akan kecewa buat kali keduanya.

”Ika...” panggil Intan.

”Cukuplah, Intan. Aku rasa semuanya dah berakhir. Tak perlulah kau pujuk aku lagi. Aku dah maafkan engkau, namun nak terima kau macam dulu, aku akan fikirkan kemudian. Buat masa ini, kita buat haluan masing-masing.“ Celah Atikah.

“Ika... takkan tak ada sedikitpun rasa kasih Ika pada abang... hukumlah abang, Ika. Abang sanggup buat apa saja. Abang mahukan Ika kembali... abang cintakan Ika... abang...“ Shahrizal merayu lagi.

“Cukuplah, bang. Terimalah Intan seadanya. Kalian berdua memang sepadan. Jangan harapkan Ika lagi. Ika bahagia dengan hidup Ika. Kita lupakan apa saja memori yang pernah kita kecapi. Semuanya dah berakhir!“ seraya itu Atikah terus meninggalkan mereka berdua.

Lutfi yang sedang menanti Atikah di kereta hanya memerhati gadis itu berlari ke arahnya. Dia turut rasa simpati. Malah lebih dari itu, perasaannya sukar ditafsirkan kini.

“Kau masih ada aku, Ika... aku berjanji akan membahagiakan dirimu. Akanku balut luka hatimu dengan kasih sayangku.“ Gumamnya sendirian.


SEKIAN.....

Wednesday 7 July 2010

Kereta u...kereta i...

Jenis Kereta Mengikut Peringkat Umur
***************
Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian) / Level 1 ( 4 months to 9 months)

baby walker!! (Model : Syasya time 9bln)

Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian ) / Level 2 ( 8 months to 3 years )

kereta tolak (stroller)!! (Model : Syasya time 11bln)

Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak) / Level 3 ( 3 years to 7 years )

kereta mainan!! (Model : Syiera & Syasya)

Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan) / Level 4 ( 7 years to 12 years )

Kereta control biasa2 jerr!!

Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan) / Level 5 ( 12 years to 19 years )


kereta control branded!!

Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket) / Level 6 ( 19 years to 50 years )


kereta mini...keta sport...MPV. ,SUV..sedan!!

Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan) / Level 7 ( 50 years to above )

kereta berkerusi roda!!

Peringkat akhir.....pabila tiba masanya / Final level .....when it's comes ........


kereta jenazah!!


Wednesday 30 June 2010

Increament oh Increament...


Pagi isnin lpas..
masuk je opis..bru je melabuh montot kt kerusi..
boss pggl aku..
msuk bilik dia..
masa utk pbahagian slip gaji baru dgn surat increament..
boss advice psl keje & attitude..
pastu...tettttt...
kuar ler aku dgn muka tsenyum..
bg pihak aku..
bsyukur ajer apa yg aku dpt...
yg penting lbh dr thn sblmnyer...
pkerja lain ada yg tsenyum..
ada masam mncuka..
ada yg sibuk2 tanya..
ada yg mpertikaikan dept % tggi..
itew ler fenomena time dpt increament..
hangat x hengat...
sikit ker byk tu ler dinamakan rezeki...
wpun hakikatnyer..
pd para ketua keluarga..
increament ni penting..
utk mnampung kos taraf hidup..
yg mencabar skrg...
******
dinner smlm mama blanja..hehe
kena ikot selera en somi & anak2..
McD jer..
tekak mama plak cam nk mkn seafood..
tbyg2 ikan jenahak 3 rasa..nyumm nyumm..




Monday 28 June 2010

Hydro Ladies Telematch 2010

Kelab Sukan,Rekreasi & Kebajikan tempat keje aku anjurkan,Ladies Telematch 2010.

Tarikh : 26/06/2010 (Sabtu)
Tempat : Austin Hill Golf Resort
Start : 8 pagi

Sblm games...gambo2 dulu..i likessss..
mmg pantang ler nmpk camera..

Sbaik cuaca pagi tu ceria sgt..risau gak klu hujan..
Kali ni aku ditemani 2 anak daraku..
Syiera & Syasya...Ayah Aina kerja..
tak smpai ati plak nk srh amik cuti..
Bby Aleesya aku pos kt bbysitter..

Acara dimulakan dgn warm up..
kasik renggang otot2..
conduct by penganjur..
pas cabut undi..
(BLUE,PINK,ORANGE & PURPLE)..
ni ler team aku..
BLUE TEAM
(apple,masrina,judy,kak jiah & aku ler)

Ada 5 games..mmg happening ler..gelak x hengat..
Slpas btungkus lumus..akhirnya team aku..
CHAMPION!!!
Apa yg penting KERJASAMA!!!

Ada gak games utk kanak2..Syiera join gak..OK ler sumer dpt hadiah..
Games utk special mummy pon ada..
Khas utk ibu pregnant..dgn yg x bole join..
a LOT of FUN..huhuhu..

Pas settle acara kt padang..
Makan2 ler..
Pastu penyampaian hadiah..
hadiah x se gah co. lain..
tp x penting lor..
yg penting happy..
lg best sbb menang aritu..

@}-----

tu ler laporan dr aku..arap2 bkesempatan join telematch thn dpn..

Popular Posts