Jom follow blog nie..nnti i follow u gak...

Wednesday, 7 October 2009

Permata hatiku..


Ni aku nk citer mgenai kelaziman aku..bila tsrempak dgn org yg jarang bersua muka..soklan standard..

"anak dah berapa dah..."

"berapa lelaki dan berapa perempuan?...."

"semua perempuan??...ye ke...kesiannya...ni kena cuba lagi ni.!!!....' reaksi biasa yang aku dapat dari orang yang bertanya.

Patut ker aku terluka hati di atas kata orang-orang di sekeliling yang 'kasihankan' aku yang tidak mempunyai anak lelaki.Jika Allah cuma mgurniakan aku hanya anak perempuan..

- Adakah perlu risau kelak tiada anak yang akan menjaga ketika tua nanti?
- Adakah perlu runsing doa anak-anak perempuan aku tidak sampai kepada aku dan suami di dalam kubur nanti?
- Adakah perlu risau harta peninggalan akan jatuh ke tangan ahli waris yang lain jika dipanggil mengadap ilahi suatu hari nanti kerana kita tiada anak lelaki.
- Atau perlu khuatir skiranyer suami akan beralih arah kerana inginkan anak lelaki? Na'udzubillah...

Namun motivasinyer:-

Nabi s.a.w. ada bersabda : “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya ALLAH akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNYA untuk mereka.

Seorang lelaki bertanya : Juga untuk 2 anak perempuan wahai Rasulullah?? Sabda baginda : Juga untuk 2 anak perempuan.Seorang lelaki berkata : atau untuk seorang wahai Rasulullah?? juga untuk seorang.” Riwayat Ahmad dan Al-Hakim

Namun, diperluaskan juga kepada memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah “Tidak ada bagi sesiapa 3 org anak perempuan ataupun 3 saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan ALLAH taala akan memasukkan mereka ke syurga” Riwayat Al-Bukhari.

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya

Kepada ibu-bapa yang mempunyai anak perempuan sahaja, renunglah kisah yang dinukilkan oleh ulama' ini...

Shalih bin Ahmad berkata, ketika ayahku dikurniakan anak perempuan, dia berkata " Para Nabi adalah ayah anak-anak perempuan"

Malahan Rasulullah juga ditakdirkan oleh Allah membesarkan anak-anak perempuan sahaja kerana anak lelaki Baginda meninggal dunia sewaktu kecil.

Jadi....

Wahai ibu anak anak perempuan...

Wahai bapa anak-anak perempuan...

Hapuskanlah keluh kesah kita kerana Allah memilih kita untuk mengumpul kebaikan yang banyak dari pengorbanan kita membesarkan anak-anak..

Sesungguhnya..Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Allahu'alam

Nota : Huraian diedit dr blog Ummuzulfa..terima kasih..



2 yg best bagi komen:

Gieyana said...

betui tue..setuju!

ada gak owg yg langsung x der anak..so kita kena bersyukur dgn apa yg kita ada kan..:D

hajarus said...

bersyukur dengan ape yang telah ditentukan tuhan... sekurang2nyer akak ade juga zuriat.... xyah nak berkecil hati ngan orang2 yang kasihankan akak kerana xde anak lelaki...

nak diikutkan hajar ni masih lum juga dikurniakan zuriat tp hajar tetap sabar menanti... mungkin rezeki hajar lambat... maybe Tuhan akan beri akak zuriat lelaki dikemudian harikan.... siapa tahu... :D

Popular Posts