Jom follow blog nie..nnti i follow u gak...

Tuesday, 25 January 2011

Mengidam...

*Sumber dr Pa&Ma..

Keadaan di mana seseorang wanita hamil mengidam dipercayai ada kaitannya dengan petunjuk bahawa tubuh kekurangan zat-zat makanan tertentu.

PETANDA
1. Jika makanan yang anda idamkan ialah ais atau bahan bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh.
2. Kekurangan mineral magnesium dalam tubuh biasanya akan menimbulkan keinginan wanita hamil untuk makan coklat.
3. Mengidam untuk makan daging merupakan petunjuk bahawa badan memerlukan protein.
4. Terdapat ibu hamil yang makan buah-buahan seperti pic dan lobak merah dalam jumlah yang banyak. Ini merupakan reaksi tubuh yang memerlukan beta karotena.

Mengidam sememangnya biasa dialami oleh wanita hamil. Terdapat segelintir wanita yang melalui keadaan ini di mana dia mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan makanan tertentu. Punca utamanya masih belum dapat dikenal pasti dan masih menjadi tanda tanya.

Biar pun begitu, kebanyakan pakar pemakanan beranggapan hormon dan kekurangan sesetengah jenis zat makanan mungkin menjadi penyebab rasa mengidam. Kehamilan yang ditanggung mungkin mendorong seseorang wanita itu tertekan dan mengalami kemurungan. Apabila keadaan ini berlaku, wanita berkenaan lazimnya akan mengidam makanan tertentu sebagai respons terhadap kemurungan mahupun tekanan yang dialaminya.

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk memberikan perhatian kepada jenis-jenis makanan yang diidamkan. Apa yang penting, makanan yang berkhasiat perlu diutamakan kerana ia ternyata dapat memenuhi keperluan nutrisi dan membantu membentuk emosi yang baik.

Sekiranya makanan yang anda idamkan kurang berkhasiat, jangan diabaikan rasa mengidam tersebut. Sebagai contoh, jika mengidam ais krim, anda boleh memakannya dalam kuantiti yang sedikit semata-mata untuk memenuhi rasa mengidam. Sebagai langkah keselamatan diri dan bayi, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik jika anda mengidam sesuatu yang bukan terdiri daripada makanan.

Panduan atasi rasa mengidam
1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak merudum sehingga boleh menjurus anda makan berlebihan. Jadi, anda digalakkan mengambil makanan seimbang 6 kali sehari.
2. Sekiranya rasa mengidam “menguasai” diri, lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti membeli-belah ataupun menonton wayang.
3. Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
4. Jika mengidam makanan yang tinggi kalori, dapatkannya dalam saiz yang lebih kecil bagi mengelakkan pemakanan berlebihan.
5. Sokongan moral amat penting kerana emosi wanita hamil biasanya tidak stabil sehingga dia menjadikan makanan sebagai teman rapat. Hakikatnya, pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi yang berubah-ubah sewaktu hamil.


Note : Dr anak pertama tekak den ni nk makan rojak jek..terutama rojak buah2..maybe aku ni jenis susah nk 'yak'..tu psl perlukan serat utk plawasan..wuallahuallam..

0 yg best bagi komen:

Popular Posts