Jom follow blog nie..nnti i follow u gak...

Wednesday 29 December 2010

Kurang Darah..Tambah Darah...


Pg td check up dh 3x kantol kepekatan darah...kurang dr 11.0 gm..lg smggu kena dtg anto sample najis + urine kt klinik gomen utk diujikaji @ GH..sample darah pon kena amik gak..tp anto kt makmal klinik gomen bdktan jek..dlm masa smggu ni kena bsungguh2 mkn mknan bkhasiat..kaya zat besi..extra suplimen kot..smoga thindar dr gejala2 x diingini...

Info..

Apakah Kurang Darah?Justify Full

Kurang Darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa.Dalam istlah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus Haemoglobin.

Apakah yang menyebabkan Kurang Darah?

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

Kurang memakan makanan yang lazat dan yang mengandungi zat besi

Ibu yang kerap bersalin

Jangkitan cacing

Pendarahan dari faraj atau buasir

Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing ,penyakit limpa, demam malaria

dan penyakit barah.


Bagaimana seseorang tahu ia yang mengidap Kurang Darah?


Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah :-

Kelihatan pucat

Sentiasa rasa letih lesu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah

Rasa mahu pitam bila bangun

Sentiasa rasa pening

Bengkak kaki dan muka

Kebas kaki dan tangan

Rasa mengah dan hati berdebar-debar


Bagaimana Kurang Darah boleh dikesan?


Keadaan ini dapat dikesan awal jika puan datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja puan mengetahui yang puan mengandung

Semasa pemeriksaan , jururawat akan menguji setitik darah dari jari puan.

Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah puan kurang dari 9 gm peratus , puan dianggap mengalami kurang darah.


Apakah akibatnya apabila Kurang Darah ini tidak diambil berat?


Puan mungkin mengalami keguguran

Melahirkan anak tidak cukup bulan

Anak mati dalam perut

Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan

Puan mudah mendapat jangkitan penyakit

Keluaran susu badan akan berkurangan

Puan mudah mendapat penyakit lemah jantung

Puan mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin

Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan puan serta kandungan puan dan boleh membawa MAUT


Bagaimanakah puan boleh mengatasi keadaan Kurang Darah ini?


Puan harus mengambil langkah-langkah berikut:-

Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit

Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian,telur,ikan basah,daging hati,kerang dan tauhu.

Rehat dengan cukup

Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila puan mengalami tanda-tanda kurang darah.

Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan



Wednesday 22 December 2010

"bijak dahulu..bijak sekarang.."


Agihan pendapatan ASB 7.50 sen seunit

KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan

pd sape2 pyimpan tegar ASB mesti x sabo nk tggu pgumuman..perghhh bila dh diumumkan..otomatik laju je tekan2 kt calculator (aku ler tu..)..pastu x sabo nk tggu statement sebenor smpai dpn uma...alhamdulillah..rezeki..aku anggapkan sbgai "BONUS" tahunan...ye ler..arapkan bonus kt tmpat keje ni..x tentu..kkdg ado.. kdg takdo..tempat keje Ayah Aina..langsung takdo..apo nk di kato..huhu..neway tetap bsyukur dkurniakan pekerjaan..kot jd penanam anggur lg haru biru..

smlm@ KPI meeting..Factory manajor siap bg madah berhelah lagik..translation dlm BM..
"Jgn tanyer apa yg company bole lakukan utk anda..tanya apa yg anda bole lakukan untuk company"...adiossss......




Note : sikit2..lama2 jd bukit...Tinggggg......

Wednesday 15 December 2010

Resepi Bubur Asyura...

Esok 10 Muharam.. kt surau2 @ masjid kg..slalu ada sponsor bubur ni..tp kt bandar ni payah ler nak dpt..boleh ler plan masak bubur asyura...kasik kt jiran2 skali..

Bahan-bahan ( sekeluarga boleh makan), (sumber myresepi)
* 2 cawan beras
* sebiji santan kelapa(1/3 santan pekat dan 2/3 santan cair)
* 2 biji bawang kecil
* 1 inci halia
* garam secukup rasa
* **bahan untuk perencah(di tabur atas bubur)
* 10 biji bawang kecil(dimayang)
* 2 genggam kacang tanah
* 5 ketul ayam, ambik bahagian byk isi
* 5 batang daun sup
* 3 biji telur ayam(digoreng dadar dan dihiris nipis))

Cara-cara

1. Masak beras dengan ukuran air 3 kali ganda dari biasa. Biarkan hingga semua nasi bertukar jadi bubur.Kacau seberapa kerap yang mungkin untuk mengelakkan hangit.
2. Masukkan bawang kecil yang telah dimayang dan halia ke dalam periuk.
3. Masukkan garam apabila perlu dan rasa.
4. Bila semua nasi dah jadi bubur, masukkan santan cair dan kacau.Kemudian masukkan santan pekat dan kacau lagi sampai jadi bubur yang sedap.
5. ** bahan untuk perencah(ditabur)
6. Buat bawang goreng sendiri, lebih harum. Caranya, bawang kecil yang telah di mayang tadi di gaul dengan tepung gandum hingga agak-agak rata. JANGAN LETAK AIR !! Goreng dgn api kecil.Bila sudah kekuningan, angkat.
7. Goreng ayam, siat isi dagingnya
8. Kacang tanah digoreng
9. daun sup di ricih
10. ** Cara untuk menghidang
11. Tuang bubur dalam mangkuk, tabur daging ayam yang telah disiat tadi, kacang tanah, bawang goreng, telur goreng dan daun sup. Sedap dimakan masa suam-suam kuku. Errmmm..sedap..SELAMAT MENCUBA YE MAMA AINA !!

Monday 13 December 2010

Perkembangan bayi Minggu ke 17 - 20

(gambar 20 wk..insyaallah lg 2 mggu..)

Info..
Minggu ke-17,

rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Minggu ke-18,
Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.


Note : check up 09/12@17wk..HB drh trun smula 10.00..pucat..loya & mual2 still ada lg..2mggu lg kena c/up lg..test gula & kepekatan darah..

Thursday 2 December 2010

Santai @ Tiram Indoor Water Park, Johor.

sbhagian dr menan dlm kolam..suasana agak kelam..tp bole wat x sabo nk mlompat kt air..


Ingin menikmati suasana santai sambil bermain air di dalam kompleks membeli-belah?

Tiram Indoor Water Park yang terletak di dalam Today's Mall, Ulu Tiram adalah jawapannya.

Bagi pengunjung yang datang dari pusat bandar raya Johor Bahru, jarak ke kompleks tersebut hanyalah 16 kilometer dan ia terletak di Jalan Kota Tinggi, Kilometer 22 Ulu Tiram.

Tiram Indoor Water Park seluas 26,000 kaki persegi itu merupakan taman tema air pertama yang terdapat di dalam kompleks di negeri Johor.

Kadar bayaran yang dikenakan bagi kanak-kanak adalah RM10 iaitu pada setiap Isnin hingga Jumaat, RM15 (Sabtu, Ahad dan cuti umum) manakala bagi golongan dewasa pula adalah RM15 (Isnin hingga Jumaat) dan RM20 (Sabtu, Ahad dan cuti umum).

Waktu operasinya pula adalah pada pukul 10 pagi hingga 11 malam pada setiap Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 12 tengah malam (Sabtu dan malam cuti umum) dan 9 pagi hingga 11 malam (Ahad dan cuti umum). (kopipes Utusan Online)..

syiera & syasya..suker bangat..

So, bg warga Johor & sekitarnya..klu x bkesempatan nk g jauh2..bole ler gi sini jek..bwk family..lg2 time cuti skola skrg ni..

Ok ler bg aku..puas tgok anak2 tersenyum riang..sbb dpt men air..
dh mlompat kt air..naik boya..dorang x pandai swimming pon..


nk bwk g jauh2...bz sokmo..ni aku g dgn family kawan ayah aina..memula ingat nk tgok je ank2 mandi..tp tgok keadaan disitu..x leh tahan..tjebak gak..

jgn risau..bole sewa baju/seluar..tp seksi ler..x sesuai pd yg bertudung..so better s/by bwk dr uma...takpon beli kt Pasaraya Giant berdekatan..

ayah aina..guide anak2..aleesya tsenyum puas..fav bebudak men air..

tp yg x best nyer..suhu air tlampau sejuk..cam x kasik mandi lelama jek..bebudak Aina tu selamba jek taknak benti mandi & main menan kt situ...wpun bibir dh naik biru..tp mmg syok arr..gambo x byk..pas amik skit2..trus ltk camera kt loker..mama pon nk join skaki..


Note : jgn luper bwk wit lebey..stiap brg yg disewa...kena bayar deposit..(boya,loker,baju/sluar mandi)..tmpat mkn pon ada...


Popular Posts