Jom follow blog nie..nnti i follow u gak...

Wednesday 29 April 2009

Suka2 nak jawab tag...

TUGASAN HARIAN...????
1) bila kali terakhir anda cuci toilet?
= semalam..

2)pencuci apa yg anda guna?
= harpic

3) dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?kenapa?
= mop seminggu sekali time weekend..tp klu lap lantai pakai kain basah tiap2 hari..(anak suka jejehkan susu kat lantai)..

4)apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
= layan kerenah anak2..

5) apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
= ikan bilis goreng dgn kicap..telur masak kicap..

6)minuman selalu anda buat waktu pagi?
= minuman panas..susu @ Nescafe @ RGC

7)sebelum tidur apa yg anda suka lakukan?
= agah baby..

8) harus menjawab tag yg tertera nama di bawah?
1) syima syawal
2) hearny
3) mama qaseh
4) ifa
5) syafizah
6) kak ninie
7) laila sanuri
8) aisyah

Monday 27 April 2009

Mempekenalkan..

Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Ini dia anak dara sulungku Aina Syahira @ Syira @ Kakak..lahir pada 04.06.2004..so umur dia skrg 5 tahun ..Syira nama yang aku pilih sendirik..masa aku ngandung tgh citer samarinda ‘rindu semakin jauh’..lakonan rosyam noor dgn Eja..nama Eja dlm citer tu Syira Mustafar..tu yg aku terberkenan nama tu..skrg syira pon dh masuk Tadika....ramai org kata wajah dia seiras muka aku..jom layan gambar Syira dr baby smpai skrg..
Ni je la gambo syira masa blum pandai jalan..masa baby x mampu lagi beli digital camera nak scan malas plak..10 bln kot masa ni..

Sambutan hari jadi yang ke 1 tahun..

2 tahun..(2006)

Potong kek utk kali ke-3..

4 thn..dh masuk tadika..cian kena kontotkan rambut..

Tentang Syira:-

1) Suka kaler pink..
2) Skrg lebih suka tgok kartun superhero mcm BEN-10..Teen Titan..dari citer Tiger n Pooh..
3) Lebih hafal lagu indon dr lagu Malaysia
4) Skrg asyik minta nasi lemak je..
5) Suka strawberry..
6) Nak baju yg sama dgn adik..
7) Nak tido mesti nak gentel ujung bantal..
8) Jgn pggl nama Syira klu nk kejut bgun tido..kena pggl ‘KAKAK..bangun..school’
9) Boring dgn mama..sbb asyik kontot kan rambut jek..
10) Malas nk wat keje sekolah time malam..

Skrg dh jadi kakak pada 2 org adik..badan pon dh smkin langsing..dlm usia sbgini blum pandai lagi nak tolong mama wat keje uma...myepahkan uma pandai la...tu yg slalu wat mama hot jek..

Utk Syira, Mama doakan semoga syira menjadi anak dan kakak yang baik kepada adik2 ye.. pada mama kalau anak sulung dah mempelihatkan contoh yang baik..insyaallah adik2 pon akan ikut jugak..

*pasni aku akan edit citer anak2 aku yang lain..

Tuesday 21 April 2009

Makaroni Goreng vs Puding Triffle..

Arini pagi yg sejuk dek krn ujan turun sejak subuh ari..dibukakan rezeki kpd sbhagian staff wanita coz ada sorang hamba allah berkenan tuk belanja makan2..sempena penerimaan royalti buku terbaru hasil nukilan beliau..Ini dia syimasyawal penulis buku Siri Keluarga Tiga Abdul..maklumat lanjut sila ke syimasyawal72.blogspot.com klu nk order buku kat
http://www.bukuprima.com.my/
Menu makaroni goreng yg sedap itu dimasak oleh wanita btudung ijau tu..add puding triffle sponsor oleh lailasanuri..nyum..nyum..nyummy..maaf le x snap gambo dr awal majlis..sbb aku dtg2 trus melantak..lapo gilosss...

Kpd kak Syima..semoga dimurahkan rezeki bertambah2 hendaknya.."terima kasih daun keladi..klu terima royalty..belanja la lagi.."

Monday 20 April 2009

Citer ahad smlm..

Semalam asben aku memontengkan diri dari kojer (dh 2 bulan lebih dok kojer je x cuti2)..tak sihat katanyer nk g check-up..so dh alang2 cuti tu harus ler g mjeguk mak dgn abahku kat Taman Molek je lebih kurang 20 minit dr uma ku..
T/ari la sampai kt uma mak aku..cam biasa benda pertama yg ku buat lepas salam mak aku mesti le bukak tudung saji tgok2 apa la yg mak aku masak..ada gulai ikan..acar lada..sambal tahu..sambal tumis..mak aku x payah pelawa la..pandai2 aku la cari pinggan..senduk nasi sendirik huhuhu buruk betul perangai…Pas makan asben aku minta izin ke HSI utk check up..pelik gak punya le byk klinik swasta kt PGudang bole plak nk g hospital..skali jawab la dari pkl 1 lebih sampai pkl 5 tak settle2 smpat tido asben kt kerusi mnunggu..last2 asben aku citer Doktor bole ckp “kalau awak dah batuk berdarah baru la awak datang hospital..masa tu baru la saya x-ray dada awak tu”..asbenku cuma diberi ubat tahan sakit je..alahai..
Petang tu aku dgn sukarelanya nk wat minum petang..kebetulan kak Ngah n family pon dtg..aku wat mee goreng je..tp rasanya hampeh plak..dh la kaler mee aku pucat semacam..tawar pulak tu..sbaik sos cili myelamatkan keadaan..

Gambar hiasan sahaja..

Pas makan mak aku mpelawa menantu2nya g menjolok buah mangga yg tgh lebat buahnya di tepi uma flat kami..jgn ingat dok uma flat tak boleh cucuk tanam..abah aku antara yg plg rajin bercucuk tanam kat tanah terbiar tepi flat kami..ada jambu air..limau bali..ubi..daun pandan..tp disebbkan tanaman tu x berpagar tahu2 jek ilang je buahnya dikebas dek org lain..
Pas maghrib sblm blk ke Pasir Gudang kami nyinggah kt Giant…cari kain ela sedondon dan kain langsir utk raya kat Nagoya..mmandangkan asben asyik bz jek..peluang yg ada ni x ku persia2kan..pusing punya pusing dpt la aku beli material yg aku berkenan..kaler kain utk baju melayu asbenku, aku yg pilih sendiri tanpa bertanya dulu pada empunya diri..kain langsir pon aku beli yg paling ekonomi je..bole la..jnji dpt langsir baru..slain nk mengaktifkan mesin jahitku itu..aku cuma reti jahit langsir ye....mmm lega sikit dh beli kain..dengor citer lepas bln 5..para tailor dh x nak amik tempahan lagi..
Sblm balik ktorang dinner kat KFC je..syukur la anak2 aku x wat perangai..slalu abis ditawafnya sumer tmpat kat situ..baby pon ok je x meragam dlm stroller..tu je la citer weekend kami..pasni kurang ler nk entry aktiviti2 family coz asbenku kojer..kojer..kojer..

Thursday 16 April 2009

Renung2kan dan Selamat Beramal..Part 1

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :)


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba
tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa
yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'
.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita
KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih
kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di
lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah
lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI
tapi cuba tengok dalam-dalam,sela-
gi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report
kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima
hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN
PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Tuesday 14 April 2009

Rombongan Cek Kiah..ke uma Cek Sal..

Jumaat lepas 10hb..kami beramai2 anggaran 11 org officemate aku pg melawat Salmiah (HR) yang sedang cuti bersalin di rumah familynya di Kg Pasir Putih pada waktu lunch time.
Menariknya smpi di uma Sal..halaman dia dirimbuni dgn pokok jambu air dan mangga epal yang berjuntai2 seolah2 menyapa kedatangan kami. Sal dapat baby girl yang comel..raut wajahnya persis ayahnya Latiff (QC)..hidung mancung..geram je kami melihat..ada tak melepaskan peluang mengendong baby yg diberi nama Aleesha kalau tak salah la..

Org paling excited nk pegang baby..Kak ita vouge..abis di ngoyohnyer baby tu dengan brutalnya..huhuhu

Apple yg tgh sarat mgandung gembira bila baby tidur digendongan dier..dapat baby girl kot ko nnti.. Kak Mas tersengih riang walaupun dibebani dgn keje HR di opis..(dlm hati mesti x sabo nk tggu Sal naik keje)..

Sepanjang berada di uma Sal diselangi dengan usik mengusik sesama sendiri sambil menjamu selera hasil air tangan ibu Sal. Semoga Sal cepat sembuh bila naik opis nanti jagalah attendance kami seperti biasa yek..sebelum balik kami diberi buah tangan iaitu mangga epal..syok ooo wat cecah dgn sambal kicap..

Monday 13 April 2009

Tag from Mama Qaseh

1) Nama Timangan
= Nana @ Liena @ iena

2) Anda seorg yg....
= Simple je dr segi apa pon..
= Tak senyum pon org kata tgh senyum..
= Nampak mcm soft tp sebenarnya garang ..
Mmm tu je la..tak tahu la nk nilai diri sendiri..

3) Insan Teristimewa dan Kenapa?
= Mak n Abah sbb dorang dgn kuasa Allah dilahirkan dimuka bumi ini..menjaga diriku sehingga membesar menjadi kuat dan sihat begitu jugak adik beradik yg lain.
= My asben..sbb dia ayah yang bertanggungjawab kepada anak2 dan diriku ini..
= Puteri2ku..buah hati mama..Aina Syahira 5thn, Aina Batrisya 2thn & Aina Nur Aleesya 5 bulan...harta yang paling bernilai..

4) Lagu kesukaan sekarang...............
= Ayat2 cinta- Rossa

5) Makanan Kegemaran.......?
= Tak kisah..janji halal..tolak batu dgn kayu org kata..

6) Warna kegemaran................
= Semestinya HIJAU..kaler coklat pon suka gak..

7) 3 benda WAJIB ada dalam handbag......
= Wallet, HP dan kunci rumah.

8) Kali terakhir I nangis and WHY?
=Dlm mggu lepas sbb tgok citer sedih kat TV..

Tag 6 rakan2 yg lain.
1) Syimasyawal
2) Hearny
3) Rinafarizq
4) Apple
5) Asmah
6) Adiniel

Thursday 9 April 2009

Tag by syimasyawal

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?

=> Coretan Dariku Untukmu - Idea spontan..konon2 nak wat mini diari lor..nk attach gambo2 kenangan..

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakan seperti itu?

=> Ainazliena. - Gabungan AINA (nama puteri2ku) AZmi (nama suamiku) norazLIENA (nama aku)..besar maknanya pada aku..

3) Apakah method dalam penulisan blog anda?

=> Luahan rasa..aktiviti..kenangan..segala yang termampu ku titipkan...

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Kenapa?

=> Alah baru nak belajor wat blog..takkan nak hapuskan plak..

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda?

=> Mmpunyai template yg cantik..aku punya je yg simple namun setiap gambar yg terselit diblog aku mmpunyai maksud tersirat..

6) Senaraikan calon yang akan di tag,

1) Kak Ninie
2) Kak Mod
3) Hearny

Friday 3 April 2009

HAM Annual Dinner 2009

Pada 28hb March, company aku HAM telah menganjurkan Annual Dinner utk pekerja2nya bertemakan "BLACK & WHITE" di Hotel The Zon Regency JB..wpun tgh kegawatan ekonomi..budget pon dikurangkan tp majlis tetap berjalan lancar..aku sbg salah seorg committee yg ditugaskan utk bhgn lucky draw..seronok dpt bershopping dgn sorang lg commitee ms Zety..hasilnya dgn budget tak seberapa dpt la kami mnyediakan 80 hadiah lucky draw utk pekerja2 yg bertuah malam tu..utk hadiah 1 hingga ke 3 berupa wang tunai RM1K,RM700 & RM500..
Selain tu, ada hadiah utk "best dress - man & best dress - women" dan "best dress- committee" pon ada..
Nampaknya lucky jgk aku malam tu..aku menang hadiah lucky draw no. 15 (Polo watch) dan "Best dress Women- committee"..TQ utk MD yg memilih aku..huhuhu..


Jom layanzz gambo..

HAM KSRK committee
Bergambar dgn MD, Production Mgr n wife, Bos aku.. dll

Sebahagian drp Staff Wanita..

Dapat hadiah 'Best Dress Women - commitee'..(handbag)..

Thursday 2 April 2009

untuk pertama kali nya..


Yuhuuu..akhirnya tercipta la jugak blog aku ni..selama ni dok tgok blog org lain yg cantik2..pasni arap2 aku rajin nak edit mcm2 citer kat sini..jgn hangat2 taik ayam udah la..

Popular Posts