Jom follow blog nie..nnti i follow u gak...

Thursday, 3 June 2010

Sebarkan Kebaikan Susu..

Sejak blog aku asyik dpt iklan susu Dutch Lady..
Harusler sahut kempen itu..
Ketiga-tiga anakku still x berenti minum susu..
Insyallah akan diteruskan selama mungkin..
Aleesya skrg dh 1thn 7 bln..
Masih lg menikmati khasiat susu ibu..
Wpun x sepenuhnya..
Mama target sampai Aleeysa 2 Tahun..

Khasiat susu:-

Vitamin D — Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium, malangnya ia sering dipinggirkan.

Cara paling mudah ialah minum susu rendah lemak yang diperkaya dengan vitamin D. Ada kajian mendapati vitamin D juga boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.

Tingkatkan ketumpatan tulang — Kajian di Finland ke atas gadis remaja berusia 10 hingga 12 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan kaya kalsium (seperti keju) mempunyai ketumpatan tulang lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil keju.

Tekanan darah normal — Kajian ke atas 5,000 orang dewasa di Sepanyol mendapati mereka yang mengambil produk tenusu rendah lemak (susu skim dan susu rendah lemak) dalam masa dua tahun kurang berisiko (54 peratus) mengalami tekanan darah tinggi.

Sindrom metabolik — Berdasarkan data diperoleh daripada 827 responden (lelaki dan wanita), penyelidik Iran merumuskan individu yang mengambil produk tenusu rendah lemak mempunyai ukuran pinggang lebih kecil dan kurang risiko alami sindron metabolik — iaitu sindrom yang mendekatkan kita dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Berat badan — minum susu bukan punca kegemukan atau pertambahan berat badan ia boleh menjadikan kita lebih langsing. Perkara ini dibuktikan penyelidik dari Universiti Alabama di Birmingham yang mendapati kalsium mampu mengawal berat
Note : Ayah aina"antu" nescafe...Mama aina "antu" RGC..

1 yg best bagi komen:

Mimie Fazira said...

betul3 ... minum susu byk khasiat ...

Popular Posts