Jom follow blog nie..nnti i follow u gak...

Thursday, 10 June 2010

Tips utk melindungi anak kita..terutama gegirl..

Permata hatiku..
Antara langkah-langkah yang harus kita ambil untuk melindungi anak kita ialah :

1. Ajar anak kewajipan untuk menutup aurat.
2. Ajar anak untuk bercerita apa saja dengan kita tanpa selindung dan malu.
3. Wajib kita mendampingi anak dengan penuh kasih sayang.
4. Selalu membuat anak selesa dengan kita dan percaya bahawa hanya kitalah satu-satunya yang mereka boleh percayai.
5. Tiada sesiapa pun boleh menyentuh mereka hatta guru mereka sendiri tanpa sebarang alasan.
6. Wajib menemani anak semasa mereka diperiksa oleh doktor.
7. Sentiasa bertanyakan apa aktiviti mereka di sekolah dan aktiviti harian mereka sepanjang kita tiada bersama mereka.
8. Kita sendiri harus menjaga aurat di dalam keluarga contohnya aurat kita dengan mereka, sesama adik beradik dan asingkan tempat tidur.
9. Pantau kemesraan anak tidak kira lelaki atau perempuan dengan sesiapa saja walaupun saudara terdekat.
10. Ajar anak jangan mudah percaya kepada orang dan sentiasa berhati-hati dengan sesiapa saja.
11. sekat anak melihat perlakuan lucah dan tidak senonoh samada secara 'live’, di televisyen, komputer, telefon bimbit dan sebagainya.
12. Wajib temani anak bermain di mana saja
13. Pastikan anak sentiasa di depan mata ketika membeli belah, jangan lalai walau sesaat pun.
14. Jika anak mahu berbincang pelajaran dengan kawan-kawanya, ajak mereka ke rumah anda.
15. Jangan biarkan perbincangan dilakukan di dalam bilik atau tempat tersorok di rumah walaupun teman itu seorang perempuan.
Note : Lebih senang menjaga lembu sekandang..dr menjaga seorang anak perempuan..bidalan lama yg slalu kita dengar...semoga anak2ku terpelihara dr perkara2 yg negative..

4 yg best bagi komen:

@e_da said...

walaupun belum ada anak perempuan tp ini gud info untuk semua para ibu.. :)

Admin My J SSU said...

salam, info yang sangat berguna, kadang-kadang kita terlepas pandang, krn walaupun nampak simple tapi ianya amat penting untuk diamalkan.

az rina a.k.a jaijina said...

thanks ye kak sudi berkongsi tips..jage anak2 zaman skang ni bnyak cabaran dan dugaan nak3 gegril..

hajarus said...

walaupun hajar lum ade anak tapi amat berguna untuk persediaan awal... info yang sangat baik... thanks kak 4 sharing...

Popular Posts